Sunday, July 15, 2012

Mengapa perlu Pemimpin A+?

Pemimpin A+ amat diidamkan. Ia tegas tetapi mudah didekati. Ia inginkan sesuatu on time tetapi dalam masa yang sama boleh berbincang. Ia produktif, dalam masa yang sama amat bersifat kemanusiaan. Ia amat penyayang. Ia akan mendoakan kita dan beliau sendiri tahu beliau ada kelemahan tersendiri.

Berbanding pemimpin kategori A,B,C, dan E, pemimpin A+ akan sentiasa memajukan diri dan orang di sekitarnya.

Bukankah itu pemimpin yang diidamkan untuk menjadikan tempat kerja kita terkawal dan maju ke hadapan? Namun pemimpin begitu bukan lahir secara automatik. Ia perlu dilatih dan diselia dengan baik. Buat para pemimpin di peringkat organisasi pelbagai, selamat membaca. Buat para pengikut, anda boleh cadangkan pemimpin anda menjadi A+.