Bos & Pemimpin A+
Wednesday, February 13, 2013
Sampai bila harus bersabar?
Ketika hak manusia lain diabaikan dan hak Tuhan dipandang enteng selepas diberi amaran - sabar memberi peluang digantikan dengan sabar melaksanakan hukuman.
Tuesday, January 8, 2013
Pelbagai jenis mesyuarat
Mesyuarat dan perjumpaan amat biasa dalam mana-mana organisasi. Ia lokasi untuk mendapatkan pelbagai idea dan bersetuju atas banyak perkara. Tahukah anda mesyuarat ada pelbagai jenis? Pernahkah anda mengikuti mesyuarat yang amat mengantuk? Atau dirasakan tidak relevan? Atau menyakitkan hati? Ini disebabkan jenis mesyuarat yang dipilih oleh seseorang pemimpin amat penting. Kalau tidak, ia bukan mesyuarat tetapi lokasi borak dan gosip serta fitnah.
Berikut ialah jenis-jenis mesyuarat dari The Managerial Grid III oleh Blake & Mouton:
Berikut ialah jenis-jenis mesyuarat dari The Managerial Grid III oleh Blake & Mouton:
- one-alone
- one-to-one-to-one
- 1-1
- 1-some
- one-all
Apa beza antara semua itu? Saya akan sambung pada artikel berikutnya nanti.
Sunday, July 15, 2012
Mengapa perlu Pemimpin A+?
Pemimpin A+ amat diidamkan. Ia tegas tetapi mudah didekati. Ia inginkan sesuatu on time tetapi dalam masa yang sama boleh berbincang. Ia produktif, dalam masa yang sama amat bersifat kemanusiaan. Ia amat penyayang. Ia akan mendoakan kita dan beliau sendiri tahu beliau ada kelemahan tersendiri.
Berbanding pemimpin kategori A,B,C, dan E, pemimpin A+ akan sentiasa memajukan diri dan orang di sekitarnya.
Bukankah itu pemimpin yang diidamkan untuk menjadikan tempat kerja kita terkawal dan maju ke hadapan? Namun pemimpin begitu bukan lahir secara automatik. Ia perlu dilatih dan diselia dengan baik. Buat para pemimpin di peringkat organisasi pelbagai, selamat membaca. Buat para pengikut, anda boleh cadangkan pemimpin anda menjadi A+.

Subscribe to:
Posts (Atom)